bila en suami minta belikan kimchi....tetiba rasa kedekut😅.
benda kita boleh buat...boleh jimat kenapa nak kena beli😬.
anggaran kos bahan mentah tak sampai rm 10 boleh dapat 3 bekas.
secukup rasa seadanya😊.
KIMCHI TEKAK MELAYU STYLE:
========================
Bahan-bahannya:
1. Sebiji kubis napa (cina)-sederhana besar
2. Sebiji carrot merah - hiris nipis
3. Sebiji carrot putih - hiris nipis
4. Segenggam daun bawang - potong sederhana panjang
5. 5 ulas bawang putih *
6. Sebiji bawang holland (sederhana besar) *
7. Satu inci halia tua *
8. 5 sudu sos ikan *
9. 2 sudu kecil gula merah *
10. 3 sudu besar tepung beras yang telah dimasak *
11. Garam halus secukupnya
12. 3/4 cawan serbuk cili (babas pun boleh)
CARA-CARANYA:
=============
1. Kubis dipotong 4 dan dibasuh bersih-bersih setiap helaian dan direndam dalam air dalam 30 minit.
2. Sejatkan kubis dan lumurkan garam setiap helaian daun. Letakkan dalam bekas dan rehatkan sekurang-kurangnya 2 jam. Balik-balikkan bagi garam rata.
3. Panaskan periuk kecil dan masukkan 1/2 cawan air dengan 2 sudu besar tepung beras. Masak sampai likat. Matikan api dan sejukkan.
4. Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam pengisar beserta dgn bancuhan tepung beras. Kisar sehingga halus.
5. Masukkan bahan kisar ke dalam satu bekas.
6. Masukkan serbuk cili ke dalam bahan kisar. Gaul rata sampai menjadi pes yang agak pekat.
7. Masukkan juga potongan carrot dan daun bawang.
8. Kubis yang diperap tadi bolehlah diangkat dan dibasuh beberapa kali untuk hilangkan rasa masin yang melampau. Lepas basuh kena perah kubis sampai keluar air yang ada.
9. Kubis tadi boleh dipotong 3 atau lebih kecil.
10. Sesudah tu bolehkah dimasukkan ke dalam pes kimchi. Kacau rata sampai semuanya bersalut mesra.
11. Dah siap dan boleh disimpan dalam bekas.
Nota kasih sayang:
* kimchi boleh dimakan segera dengan rasa sayur-sayuran yang masih ranggup.
* kebiasaannya kimci disimpan pada suhu bilik untuk proses penapaian selama 2-3 hari. Rasanya akan jadi sedikit masam.
* simpan dalam peti ais dan akan ianya akan kekal dengan rasa masam, manis & masinnya.
* nak lebih sedap masa nak makan taburkan sedikit bijan yang disangai.
* sesuai sangat kalau dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng & mee segera.
Fuhhh....berjela. Minta maaf banyak-banyak sebab asalnya bagi gamba tak beresepi. Ingatkan tak laku😅😅😅
Yang sabar menanti resepi terima kasih banyak-banyak semoga sabar membuahkan hasil air tangan yang paling bermanafaat.💕💕💕
Pada yang suka kimchi...sukalah. Yang kata masam@ tak kena dengan selera tu tekak masing-masing punya rasa.😇
Kredit: noor azmawani
.
.
同時也有8部Youtube影片,追蹤數超過22萬的網紅@sazalisamad,也在其Youtube影片中提到,BUBUR NASI DIET TOTAL LOCKDOWN FOLLOW SAZALI SAMAD DI IG : https://www.instagram.com/sazali.samad FB : https://www.facebook.com/sazalisamad.academy w...
「resepi bubur nasi」的推薦目錄:
- 關於resepi bubur nasi 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
- 關於resepi bubur nasi 在 9bulan10hari Facebook 的最佳解答
- 關於resepi bubur nasi 在 ienaeliena.com Facebook 的最佳解答
- 關於resepi bubur nasi 在 @sazalisamad Youtube 的最讚貼文
- 關於resepi bubur nasi 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
- 關於resepi bubur nasi 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
- 關於resepi bubur nasi 在 Resepi Bubur Berlauk Bubur Nasi | By Nutriplus Eggs 的評價
resepi bubur nasi 在 9bulan10hari Facebook 的最佳解答
Hai Mommies,
Sy kembali sharing menu² yg anak sy makan sepanjang usia 7 bulan pulak. Sblm nie sy pernah share menu² semasa usia 6 bulan.
MENU 6 BULAN
https://m.facebook.com/groups/128634077976452?view=permalink&id=651217389051449
Tak byk menu ms usia 7 bulan sbb kekangan bajet & masa jd hasilnya byk menu ulangan saja. Takpe ulangan asalkan anak kita nak makan.
Usia 7 bulan ibu kenalkan dah mula menumis, dah mula guna tepung gandum, dah mula guna mirepoix & cfs serta dah tukar tekstur bubur halus ke nasi lembik. Alhamdulillah semua PASS xde mslh sembelit.
Tips xnak anak sembelit :
1) Ajar anak minum air kosong, seeloknya bila anak dah mula makan kena ajar minum air kosong.
2) Rajin² amalkan urutan LOVE di perut anak selepas mandi masa letak minyak telon atau minyak baby.
3) Karbo dr nasi kalau dah + dgn karbo dr sayur pun akan jd mslh sembelit utk sesetengah anak. Jadi add on laaaa sayuran hijau. Baru ada bantuan pelawasan.
Ok resepi di setiap gambar tau. Sy izinkan sapa² nak sharing.
Kredit: Mia Eimy
resepi bubur nasi 在 ienaeliena.com Facebook 的最佳解答
Iron adalah elemen asas untuk perkembangan sistem imunisasi tubuh kita.
Sekiranya kita mengalami masalah kekurangan iron di dalam tubuh, ianya akan mempengaruhi sistem pertahanan badan terhadap jangkitan.
Jadi untuk mendapatkan sumber Iron ini korang boleh dapatkan dengan mudah dalam Quaker oats.
Oats merupakan bijirin yang kaya dengan pelbagai khasiat antaranya adalah ianya mengandungi iron/zat besi. Bahkan kandungan iron dalam oats lebih tinggi berbanding nasi putih,nasi perang, roti putih,barli mahupun jagung.
Selain itu oats juga tinggi kandungan serat,kalsium,protein,magnesium,zink, folat, vitamin B1, B2, kalsium, potassium, B6 dan juga B3 ( niasin ).
Hidangan oats ini bukan sahaja dimakan bersama susu malahan ianya juga boleh dimasak. Salah satu resepi oats yang boleh korang cuba adalah daripada resepi Chef Dato Fazley iaitu Quacker Oats bubur pedas with sambal minang.
Menu ni memang sesuai dengan selera orang Malaysia. Cara masaknya juga mudah. Korang boleh download resepi di Quaker Oats Malaysia FB page/ Website. Terdapat juga pelbagai menu lain untuk korang cuba :)
#quakerChefrecipes #ironforimmunity
resepi bubur nasi 在 @sazalisamad Youtube 的最讚貼文
BUBUR NASI DIET TOTAL LOCKDOWN
FOLLOW SAZALI SAMAD DI
IG : https://www.instagram.com/sazali.samad
FB : https://www.facebook.com/sazalisamad.academy
web : https://www.sazalisamad.com/
EMAIL (BUSSINESS)
[email protected]
#Sazalisamad #BuburNasiDiet #TotalLockdown
resepi bubur nasi 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
Dapatkan produk TOK MART » https://shopee.com.my/tokmart.os
Dalam episod Resepi Tok Ramadhan kali ni sedikit berbeza. Fendi tetap memburu makanan popular di bulan Ramadhan tetapi di masjid!
Tidak lengkap Ramadhan kalau tiada juadah bubur lambuk. Lagi-lagi yang dibuat di masjid beramai-ramai. Bubur adalah makanan yang sesuai untuk keselesaan perut di bulan puasa. Aroma dan rempah ratusnya adalah rahsia keistimewaannya ketika di bulan puasa.
Kami ke Masjid Mahmoodiah, Putrajaya untuk melihat sendiri pembuatan Bubur Lambuk Gearbox dan bergotong-royong bersama jemaah masjid.
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
#resepitok #ramadhan #buburlambuk #putrajaya #destinasitv
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
resepi bubur nasi 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
Siri Street Food kembali lagi dengan edisi Ramadhan, kali ini kami ke Jalan Betik, Jalan Kebun di dalam misi mencari sebuah gerai Ayam Golek yang dijalankan oleh sepasang suami isteri. Bermula dengan menjual pelbagai jenis makanan, akhirnya En Azhar berjaya dan terus nekad untuk meniaga ayam golek setelah menjumpai resepi beliau.
#StreetFoodRamadhan #ayamgolek #DestinasiTV
Ayam Golek Warisan Klang
?Lokasi » Berhampiran Masjid Kampung Telok Menegun Seksyen 36
(Bubur Lambuk Asli Kampung Bharu Haji Razali)
☎️ Telefon » 019-6963630
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
resepi bubur nasi 在 Resepi Bubur Berlauk Bubur Nasi | By Nutriplus Eggs 的推薦與評價
Resepi Bubur Berlauk Bubur Nasi 1 Cup Beras 8 Cup Air Masak guna rice cooker Lauk Berprotein Boba Ayam Cheese by Nutriplus Preheat ... ... <看更多>